Ini Tiga Kaedah dalam Menentukan Tahap Keyakinan Menurut Al-Maydani

Ini Tiga Kaedah dalam Menentukan Tahap Keyakinan Menurut Al-Maydani

Pecihitam.org- Menurut al-Maydani, ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah telah menetapkan sekurang-kurangnya tiga kaedah dalam menentukan tahap keyakinan sehingga menghasilkan hakikat ilmu, yaitu melalui pancaindera, pendalilan akal dan perkhabaran yang benar.

Pecihitam.org, dapat Istiqomah melahirkan artikel-artikel keislaman dengan adanya jaringan penulis dan tim editor yang bisa menulis secara rutin. Kamu dapat berpartisipasi dalam Literasi Dakwah Islam ini dengan ikut menyebarkan artikel ini ke kanal-kanal sosial media kamu atau bahkan kamu bisa ikut Berdonasi.

DONASI SEKARANG

Pertama, pancaindera. Pada diri manusia terdapat lima pancaindera yang mempunyai kemampuan untuk mendengar, melihat, menghidu, merasa dan menyentuh.

Pancaindera tersebut dapat memberikan keyakinan kepada manusia kerana ia bertindak sebagai pemberi maklumat untuk membuktikan sesuatu hakikat.

Contohnya, manusia yakin dengan kewujudan diri sendiri dan orang sekeliling, keberadaan mereka di atas muka bumi serta kewujudan perkara-perkara lain.  Semua keyakinan ini dibuktikan oleh pancaindera yang sempurna.

Kedua, akal. Melalui kaedah pendalilan akal seperti penelitian secara ilmiah, analisis, pembuktian dan penyusunan maklumat, ia dapat memberikan keyakinan kepada manusia untuk menggunakan akal dalam menghasilkan ilmu.

Contohnya, manusia menggunakan akal untuk menentukan bilangan seribu lebih banyak daripada seratus, atau bilangan dua lebih besar daripada satu, mengetahui pintu diketuk oleh seseorang apabila terdengar bunyi pintu diketuk dan sebagainya lagi.

Baca Juga:  Latar Belakang Berdirinya Ahlussunnah Wal Jama’ah

Maka setiap perkara yang dihasilkan melalui pendalilan akal dapat memberi keyakinan, seterusnya ia boleh menjadi pegangan dalam kepercayaan.

Pendalilan akal ini yang dikaitkan secara khusus dengan penggunaan al-qiyas dalam ilmu mantik bagi mengisbatkan prinsip-prinsip akidah Islam dan menolak aliran-aliran yang bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Ketiga, perkhabaran yang benar. Keyakinan juga dapat diperolehi melalui perkhabaran benar dan mutawatir yang disampaikan sekumpulan manusia kepada manusia lain.

Contohnya, manusia mengetahui mengenai kewujudan negara China tanpa perlu melihatnya dan tidak juga dibuktikan kewujudannya melalui dalil-dalil akal.

Tetapi kewujudan negara tersebut sampai kepada mereka melalui perkhabaran yang disampaikan oleh sekumpulan manusia lain yang pernah ke China.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa perkhabaran yang mutawatir akan memberikan keyakinan, bahkan perkhabaran tersebut menghasilkan ketenangan dalam jiwa seseorang kerana mustahil pada akal terdapat sekumpulan manusia yang begitu ramai bersepakat untuk berdusta terhadap kewujudan negara tersebut.

Baca Juga:  Ini Perbedaan Konsepsi Politik yang Terdapat Dalam Sejarah Syiah Dan Sunni

Disebabkan itu, pendalilan yang dibuat bagi mengisbatkan perkara akidah berdasarkan Hadith ahad adalah tidak termasuk dalam perkhabaran mutawatir yang boleh mendatangkan keyakinan.

Ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah seperti al-Nawawi (m. 676H/1277M) menjelaskan bahwa jumhur umat Islam dalam kalangan para sahabat, tabi’in dan selepas mereka telah bersepakat, antaranya ulama Hadith, ulama fikih dan ulama akidah, tentang ketidakharusan Hadith ahad untuk dijadikan hujah dalam perkara usul akidah, kerana Hadith ahad akan menghasilkan zan yang tidak membawa kepada keyakinan.

Namun pendirian tersebut tidak dipersetujui oleh beberapa pihak termasuklah golongan Salafiyyah Wahabiyyah yang berpendapat bahawa Hadith ahad juga boleh membawa kepada keyakinan dan perlu diterima sebagai sumber pendalilan akidah, sebagaimana diterima Hadith mutawatir.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahwa pendalilan dalam perkara akidah hanya menerima kaedah-kaedah yang membawa kepada keyakinan sahaja.

Ini kerana perbincangan akidah merupakan perbahasan paling penting dalam kehidupan seseorang manusia, iaitu sama ada mereka memilih keimanan atau kekufuran.

Baca Juga:  Al-Sanusi, Peletak Dasar Sifat Wajib Bagi Allah Sebagai Pegangan Umat Islam

Oleh itu, daripada beberapa kaedah pendalilan tersebut, tulisan ini difokuskan kepada kaedah al-qiyas sahaja, iaitu dengan mengetengahkan konsep, kedudukan dan penggunaan alqiyas al-usuli dan al-qiyas al-mantiqi dalam pendalilan akidah Islam.

Hal ini bagi membuktikan bahawa kaedah alqiyas boleh diterima pakai untuk menghasilkan kesimpulan yang memberikan keyakinan sehingga ia dilihat bertepatan dengan hakikat ilmu dalam pembentukan akidah Islam.

Mochamad Ari Irawan